As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)
Bayaran Saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :-
1. Melalui Internet
Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :
www.myeg.com.my / www.rilek.com.my dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
* Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.
2. Melalui Kaunter ( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit.)
Kaunter Trafik COPS :
- Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah.
Kaunter JPJ yang terpilih :
- JPJ Johor Bharu
- JPJ Kuantan
- JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
- JPJ Ipoh
- JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- JPJ Padang Jawa, Selangor
- JPJ Kuala Terengganu
Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah :
- TERMINAL ONE Seremban
- PERANGIN MALL Pulau Pinang
- QUEENSBAY MALL Pulau Pinang
- JAYA JUSCO Ipoh
- THE CURVE Petaling Jaya
- IOI MALL Puchong
SUMBER