Monday 1 August 2011

RESEPI : Ikan Selayang Pedas

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Yeah! selama 2 hari sy tak dapat online, finally hari ni dapat online gak..
Sebabnya sy ikut housemate balik umah kakak dia..
Errmm, hari ni sy nak kongsi lagi satu resepi masakan yang sy masak minggu lepas..
Ni pun masakan simple jugak, masakan orang bujang la katekan.. huhuhu..

Haaaa.. ni la rupa ikan pedas yang sy buat, merah menyala uols..


Ikan Selayang kepedasan
Bahan-bahan :
  • Ikan - Semua jenis ikan boleh.
  • Bawang besar - 1 biji
  • Bawang putih - 3 ulas
  • Cili kering
  • Garam & ajinamoto
  • Gula - Sha suka letak gula banyak.
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Air Kosong
Cara-cara memasak :
  1. Goreng ikan seperti biasa - ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar mengikut kepedasan yang anda mahu. Masak sehingga cili kering nmpak garing.
  4. Masukkan sos cili & sos tiram.
  5. Masukkan air kosong, garam, ajinamoto, gula.
  6. Biar mendidih dan agak pekat.
  7. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong.
  8. Biar sebati dan boleh dihidang.

No comments:

Post a Comment