Showing posts with label about my life. Show all posts
Showing posts with label about my life. Show all posts

Wednesday, 14 December 2011

Gift from my best friend

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Thank You my dear friend
Dear My Lovely Friend,

Thank you so much for the sweet birthday gift. It really brightened my day! Every time I use it I will think of you and your thoughtfulness...

Friday, 25 November 2011

Beautiful Roses!

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Walaupun my birthday dah lepas, tapi ada orang yang sudi bagi bunga lagi.
Hari ni sy dapat 12 kuntum fresh roses! TQ pada si pemberi bunga. :)

red roses yang sy dapat. suka sangat! :p
Pastu tadi saja2 nak search tentang roses ni. Terjumpa la artikel kat bawah ni.
Info ni sekadar suka2 je. Jangan la anda obses pulak dengan semua makna ni ye.
Lagi satu, makna ni takda kena mengena dengan roses yang sy dapat ok. :)

Cekidaut makna berdasarkan warna & bilangan roses yang anda dapat tu.

  • Merah - Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian

Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

  • Pink - Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.

Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati.

  • Kuning - Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru.

Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.

  • Putih - Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”.

Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”.

  • Lavender - Cinta pandang pertama dan pesona

Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.

  • Oren -  Keghairahan dan keinginan yang tulus murni

Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.

  • Hitam - Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian

Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru.

  • Biru - Mustahil dan tak dapat disempurnakan

Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.

---------------------------------------------------------------------------------------


Ni pulak makna bilangan roses yang anda dapat. Ingat! Jangan taksub pulak dengan makna2 ni. Ni sekadar suka2 je. :)

- 1 Rose Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses I love you
- 6 Roses Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses Kamu adalah sempurna
- 11 Roses Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses Be my steady
- 13 Roses Peminat rahsia
- 15 Roses Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses Aku setia pada mu
- 24 Roses Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
- 33 Roses menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses Jom Kahwin!
- 365 Roses Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

***Errr... but ada ke orang yang nak bagi sampai 999 roses tu? Tokey bunga kat Cameron Highland la kot.. :p

That's all! :)

"Kan best kalau hari-hari dapat roses. Huhuhu..."

Tuesday, 15 November 2011

Ku gagahi jua

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Sekarang dah pukul 5.36. Alhamdulillah, sy berjaya harungi hari ini untuk stay kat opis
walaupun sy dapat MC.
Kerja banyak, kalau ikutkan sangat sakit ni alamatnya tak siap la keje.

Tapi ada satu masalah yang susah nak diselesaikan iaitu sy susah nak makan ubat batuk klinik.
Memang dari dulu susah betul nak makan ubat tu.
Ubat batuk yang paling sy suka adalah ubat batuk cap kelapa laut afrika.
Jauh tu, dari Afrika. Huhu.

Harap2 esok elok la batuk ni. Sakit sangat tekak ni.
Esok ada meeting pulak dengan client.
Semoga berjalan lancar.

Till then....

"Jaga lah kesihatan anda"

Monday, 14 November 2011

Kesihatan terganggu

As Salam & Selamat Sejahtera :(

Dalam keadaan kurang sihat jemari ini tetap ingin meniti di atas laptop jenama DELL kepunyaan opis. 
Ketika ini diriku dalam keadaan kesejukan di opis. Walaupun ekon dalam department ku ini rosak (ada 3 ekon 1 je rosak), tetapi kesejukan yang ku rasai ini seperti berada di dalam ais.


beginilah keadaan ku ketika ini. Bulat & sejuk!
Bila kupejam mata terasa panas. Sah! ini tanda diriku demam kembali.
Ku sangka demam ku sudah pulih pagi tadi.
Perkara yang terjadi semasa diriku berumur 12 tahun telah kembali.
Pabila senja datang, sejuk pun melanda. Sehingga kan diriku terpaksa ditahan dalam wad selama seminggu
kerana demam diwaktu senja dan malam. Agak pelik, bila siang demam ini hilang entah kemana.

Ku berharap demam, bukan demam saja, batuk ini jua tidak berlarutan, kerana tugasan2 ku masih menimbun.
Setakat ini saja yang mampu kucoretkan buat kali ini.
*terasa sebak.....

"I miss my mom"

Friday, 11 November 2011

5 hari ditinggalkan

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

11.11.11 satu tarikh yang biasa je bagi sy.
Tapi sy suka nombor 11 ni sebab sy dilahirkan pada bulan 11.Tu je.
Untuk yang berkahwin pada tarikh ni mesti amat bermakna baginya.
Akad nikah pulak pada jam 11.11am.
Hantaran pulak 11 dulang. Lagi la unik kan?

Hurm, bukan nak cite pasal kawin sebenarnya.
Tapi pasal sy dah 5 hari tak menjenguk blog ni.
Hari ni baru berkesempatan nak update.

Lepas cuti kerja pun memang menimbun la kan.
But, ku gagahi jua & curi sedikit masa untuk menghapdet blog tercinta ni.

Mood bercuti masih belum hilang,
W/pun masih dalam mood cuti kerja kena settle!
Yeah! semangat!

Jom mula kerja semula.

Bye!

Saturday, 5 November 2011

Kepulangan

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Esok hari penting buat sy. Eh! apa pulak esok, hari ni la. Jam telah menunjukkan pukul  12.31AM ok!
Huyoh! but still tak boleh melelapkan mata lagi. Uwaaa.. Actually esok kna bangun awal pagi, 
sebab nak BALIK KAMPUNG!
Yahooo... Happynya! :)

Harap2 pagi nanti bangun la dari lena. Takut terlepas bas. 
Bas seawal jam 9.00AM ok! Awal tu.. huhu..
Tapi banyak lagi task kena settle before balik kampung esok.
Nak kena sidai kain yang baru basauh sebakul, nak kena lipat kain menimbun,
nak kena sapu bilik, sapu ruang tamu, kemas rak kasut, masukkan baju dalam beg, 
gosok baju untuk balik esok. Uwaaa... Banyaknya!

Kalau la ada bibik kan best. Ringan sikit beban yang dipikul ni. 
Hurm, but masalah nya sekarang takda bibik.
Maknanya kena buat sendiri la keje2 tu.

Huh! rasanya kena gerak sekarang ni, kalau asyik ngadap laptop ni je memang tak jadi keje.
So, dikesempatan ini ingin ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam.
Hati2 dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Bye! :)

Tuesday, 1 November 2011

11 jenis kuih / makanan Kelantan yang belum pernah dimakan

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Ha... sapo orghe klate sini? Pakak2 mari la denga ambo nok kechek nih! (betul ke tak sy tulis ni?)
Hehe.. bukan pe, kali ni nak story pasal negeri cik siti wan kembang, so kena la cakap Kelantan sikit. :)
Walaupun real name sy ada "NIK", tapi sy bukan orang kelantan ori tau.
Nenek sy belah mak je orang kelantan, mak & ayah sy orang Pahang.
So sikit2 je la pandai cakap Kelantan. 

Ok2, stop pasal asal usul sy. hehe. Berbalik pada tajuk entry kali ni.
Nama je nenek sy orang Kelantan, tapi banyk kuih kelantan yang sy tak pernah makan & teringin nak rasa.
Kalau orang dari luar Kelantan mesti pelik dengar nama kuih2 ni. hihi..

Kuih Puteri Mandi
1.  Cantik kan kuih ni? Patut la nama kuih ni puteri mandi, mungkin kerana kecantikan yang dimilikinya. 
Hehe. Rasa tak tau la macam mana. Yang penting mesti manis neting! 

Kuih Asam Gumpal
2.  Asam Gumpal atau dalam loghat Kelantan "saguppa". Susah jugak nak eja word2 kelantan ni. Hihi.
Rasanya dalam kuih ni ada inti. Cuba anda Google, inti apa kat dalam kuih ni?

Kuih Peria
3.  Peria? peria pahit kan? Tapi kuih ni tak kan la pahit pulak kan? Mungkin sebab rupa paras kuih ni
macam bentuk peria, pasal tu dapat nama ni. 

Butir Nangka
4.  Haha.. "Butir Nangka" nah. Hilir napok teh! Orang Kelantan sebut "butei nako".
Agaknya la kot, hihi. Orang Kelantan jangan marah tau, sy suka loghat Kelantan, 
tapi kalau nak cakap tu memang failed la. Jadi cam orang Siam. Haha..

Kuih Buah Tanjung
5.  Kuih ni sy tak pernah tengok in real life. 1st time tengok dalam gambar ni je la. 
Sy boleh tau pasal kuih ni pun sebab roommate bagi  tau tadi.
Agaknya cam ne la rasanya kan?

Kuih Nekbat
6.  Dari mana la datangnya asal usul nama kuih ni kan? Nampak macam kuih bahulu.
Tapi kena rendam dalam air pulak. Sy difahamkan oleh roommate sy tu, air rendaman tu adalah air gula.
Confirm manis! 

Tepung Gomok
7.  Kenapa nama die tepung gomok? hehe... Pernah nampak orang jual kuih ni kat KL & kat Pahang.
Tapi tak pernah beli, lepas ni kalau nampak kuih ni harus beli. 

Tepung Sunai
8.  Berbetuk kon nampak 3 segi, "tepung suna" nama diberi. Haa.. pantun dari sy tu. Huhu.. 
Kuih ni kat Kelantan je kot ada. 

Kuih Belebab
9.  Pelik kan nama kuih ni? Bukan DEBAB tau. :p

Badak Berendam
10.  Nama macam comel je, "badak berendam".
Rasa cam tak boleh telan je kuih ni, sebab santan lembik2 tu.
Nenek2 suka la kot kuih2 macam ni sebab lembut. :)

Kuih Tahi Itik
11.  Nama kuih yang penuh kontroversi. Betul ke kuih taik itik ni macam ni?
Tak penah tengok jugak in real life. Ni pun Google je.


Haaaa... tu la antara kuih2 Kelantan yang sy tak pernah makan. Untung duduk Kelantan, 
macam2 kuih ada. Lagi satu, anda perasan tak yg kebanyakan kuih Kelantan ni warnanya terang2, comel, & paling penting sekali manis2 blako!
Selamat Malam orang Kelantan... :)

*All pictures via GOOGLE*

Sunday, 23 October 2011

Hari Ahad yang indah

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Seperti yang semua tau ari ni hari Ahad, dengan cuaca yang indah di kota Kuala Lumpur. Ceywah! :)
So sy amek kesempatan ni untuk keluar jalan2 dengan my roommate.
Jenjalan pegi The Mall je, lagi pun my fren tu nak beli ticket bus balik kampung 
untuk Raya Haji kat Hentian Putra.
Lepas beli ticket, baru pegi The Mall, aktiviti pertama mesti la makan.
My fren tu blanja. TQVM! hehe...

makanan pilihan ari ni. Mekdi!
Lepas makan mekdi, jenjalan sambil cari barang2 buat kek.
Kalau dah bejalan banyak mesti rasa lapar semula.
Then pegi makan kek pulak!
My fren tu jugak belanja. Thanks again dear! :)

my fevret
After that, pegi jalan lagi kat parkson tu.
Macam2 barang nak beli, tapi tahan je dulu.
Tunggu dapat gaji. huhu...

Skarang time to rest!
Bye! :)

Saturday, 22 October 2011

Penyejuk di kala panas

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Terfikir cara untuk menyejukkan tekak anda? Dadih sejuk jawapannya! :)

dadih coklat

Semalam buat satu bungkus dadih, dapat 21 cawan cam kat atas ni.

Hari ni makan 5 cawan dah. Sebab sedap, sejuk & menyelerakan.

Kalau nak rasa kesedapannya, sila buat di rumah. 

K la, nak makan dadih lagi.

Bye! :)

Wednesday, 28 September 2011

Keyakinan bermula dengan senyuman yang hebat

As salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Tengah senyum ke tu? Tapi anda rasa yakin tak nak senyum depan orang ramai? 
Haa.. Kalau rasa tak yakin tu, cuba senyum depan cermin. 
Mungkin ada yang tidak kena dengan gigi anda. Hikhik...

Bukan apa, pagi tadi sy jumpa dentist kat PPUM, sebab tu beria sangat nak story pasal senyum & gigi bagai ni. 
Time tu sy scaling n tampal gigi. Next week kena pegi lagi sebab nak tampal gigi yang lagi satu pulak. 
Padahal sy tak nampak pun belubang gigi tu, doc check tadi banyak pulak yang berlubang nya. 
Tapi tak teruk la, sikit je. 

Masa scaling la paling takut skali, tengok alat2 doc tu pun dah buat sy menggigil.
Uwaaa.. takutnya la.. Tapi tak kan la nak menjerit pulak time tu kan. Kang tak pasal2 kena pegi wad gila lak. Errr.. tak sanggup. 
Proses scaling tu akan buat kita rasa ngilu, dengan bunyi mesin tu lagi. Huh! nasib baik la sy dapat melepasi saat2 mendebarkan tu dengan jayanya. Lepas scaling gigi anda akan rasa bersih, licin & berkilat.
Ceywah!

Lihat gigiku. Nampak bersih, licin & berkilat kan? huhu.. *Pict from Google

Dalam masa yang sama roommate sy pun ada appointment dengan dentist. Dia nak pakai braces. So banyak la procedures yang dia kena lalui. Pelbagai cabaran dan dugaan. (Amboi! over nye ayat)
Kesian tengok dia tadi, sebab dia kena cabut 2 batang gigi atas. 
Maybe next week dia kena cabut 2 batang gigi bawah pulak.
Seksanya tengok dia, dengan besi kat lelangit, nampak susah nak bercakap.
Tapi takpe la kan? Bak kata pepatah, terseksa2 dahulu, bercantik2 kemudian. 
(Boleh ke wat pepatah sendiri ni?) 
Alhamdulillah la sebab sy tak perlu nak buat braces sebab gigi dah ok. 

Jadi , jaga la gigi anda sebaik mungkin untuk mengelakkan anda terseksa di kemudian hari.
Dan ingat! KEYAKINAN BERMULA DENGAN SENYUMAN YANG HEBAT! 

Daaaaa... :p

Anda gemarkan nya?

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Jam telah menunjukkan pukul 12:13am semasa entry ini mula ditulis. Tetapi mata ku masih tidak dapat dilelapkan. Mungkin kerana makanan yang terlalu banyak terkandung di dalam perut ku. 
Eh2, ayat macam cerpen lak. Hmm.. sebenarnya sy teringin nak makan sejenis kuih ni, dah lama cari kat KL ni but tak jumpa lagi. Masa stay kat Kuantan dulu selalu beli kuih ni time ada pasar malam kat Taman Gelora. Wah! teringat saat2 gembira masa di Kuantan dulu. :)

Apakah gerangan makanan itu? Haa.. Mari ambo nok royak ko demo
Makanan yang sy teringin sangat tu CAKOI namanya. Tapi tak tau la kalau ada tempat2 lain panggil nama lain untuk kuih tu (eh, ayat ape aku ni. bebelit je bunyi). Err.. takpe lah janji sy faham. hihi.

Kalau sesape tak kenal kuih CAKOI ni tengok kat bawah.

Kuih CAKOI kesukaan ku! *Pict from Google

Haaa... Dah kenal kan? Alangkah gumbiranya kalau dapat makan cakoi di tengah malam sunyi dan hening ni. Harap2 dapat la jumpa kuih ni kat KL. Kalau sape2 tau kat mana ada jual kuih cakoi sedap bagi tau ye.
*tido malam ni bermimpikan cakoi.

Daaaaa... :p

Monday, 26 September 2011

Comelnya

As Salam & Selamat Sejahtera... (^_^) 

Untuk entry kali ni sy nak cerita tentang makhluk yang paling sy suka, iaitu kucing. Comel betul makhluk ni kan? Sy ada jugak menaruh harapan untuk memiliki seekor kucing yang comel, slama ni bela kucing biasa2 je. Tapi orang cakap kalau nak bela kucing, alang2 bela yang boleh mendatangkan untung. Contohnya kucing parsi, macam kat bawah ni. 

Comelnyeee... *Pict from Google
Kucing idung kemek! comeeeiiiii... *Pict from Google
Alangkah bahagianya kalau dapat bela kucing parsi ni, bukan sbb comel je tapi manja jugak. Sebelum ni ada jugak survey kat kedai. Harga nya mak oiiii! kalah handbag sy pakai. Sampai riban2 harganya pun ada. Rasa cam tak tergamak pulak nak membelinya. Buat nya hayat kucing tu tak panjang, kan melayang je duit. Ni lagi satu kucing comel yang harganya riban2, Scottish Fold namanya. Comel sangat , bulu tebal tapi pendek, gebu je. Kalau ada depan mata rasa nak picit2. hehe.  
Posing maut tu.. *Pict from Google

Haaaa... comel kan!?
Harap2 time birthday nanti ada la yang bagi hadiah kucing ni. Wah! so heaven! hiihi..
Daaaaa... :p

Monday, 1 August 2011

Hajat tak kesampaian

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Tanggal 30/07/2011 yang jatuh pada hari Sabtu, ceywah! over lak.. huhu..
K la, Sabtu minggu lepas sy n housemate & merangkap BFF g jenjalan ke Sogo.
Konon-konon nak survey handbeg & kasut raya la..

Bila sampai je kat Sogo, orang macam semut dah! Ramai giler! Rupanya time tu Sogo card day.
Patut la bejuta orang datang, seb bek la sy ada Sogo card, so leh la masuk trus, kalau tak kena buat card dulu baru boleh masuk. "Q" nak buat card tu pun punya la panjang bejela.. Kalah LRT.. Huh!
Bila dah masuk je, Aiyark! tak boleh nak pilih barang langsung.

Rasa cam malas pulak nak survey kalau orang ramai cam tu.
So, sy buat keputusan nak makan je kat situ.
Secret Recipe kat atas menjadi pilihan.

Gambar-gambar yg terhasil sebelum order sampai...
si Chubby
my best pren
1st order sampai. Chocolate Indulgence
muka eksaited! :p
After beberapa minit, makanan yang ditunggu-tunggu pun sampai....

my fren punya
makan dgn penuh kesopanan :)
si chubby punya. =p

Alhamdulillah, finally kenyang sangat.Tak leh nak duduk lelama kat situ sebab kesian kat orang yang tengah tunggu meja nak makan.

Huh! tu la kisah dalam Sogo yang terlalu padat macam milo fuze.

Have a nice day!

Tuesday, 26 July 2011

Yellow is Kuning

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Today is my yellow day.

Nak tau ape yang yellow tuh?
my yellow shoes

gelang bulat-bulat

my fevret!

And the last one yg color kuning is...
Angry Bird note book

Have a nice day ppl! =)

1st Entry

Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

This is my 1st entry

I want to learn more more more more & more about blogging.

And i hope you enjoy reading my blog as much as i enjoy writing.

till then.... =)