Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 20 June 2012

RESEPI : Ketam Masak Lemak Cili Api

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Actually dah lama jugak masak ni, tapi lupa nak nak isi kat blog ni.
Masakan ni antara yang paling sy suka. Lagi2 kalau mak yang masakkan. Lagi la mabeles.
Ini pertama kali sy cuba buat sendiri masakan ni guna resepi mak. Yummy!

Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-Bahan :

  • Ketam 3 ekor
  • Santan 2 cawan
  • Kacang panjang (nak letak terung pn boleh, timun pun boleh, ikut la apa yang anda suka)
  • Asam keping
Bahan Kisar : 
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 biji cili api

Cara-Cara : 

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam santan.
  2. Kemudian masak diatas api sederhana.
  3. Kacau dengan perlahan hingga santan mendidih.
  4. Masukkan kacang panjang, biarkan empuk.
  5. Lastly masukkan ketam & asam keping. Biar seketika.
  6. Siap & boleh dihidang.

Monday, 18 June 2012

RESEPI : Ikan Celup Tepung

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kepada sesiapa yang rasa nak makan ikan celup tepung yang kelazatannya tak terkata boleh cuba resepi di bawah. Resepi ni sy dapat DISINI. Sy dah cuba dan semamangnya sangat ohsem rasanya. 

Ikan Celup Tepung
Bahan-Bahan :
  • Ikan kembong/mabong (dibersihkan) - sy guna ikan selayang & kembung kecik
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit serbuk kunyit - sy guna pewarna kuning (yg buat kek tu)
Cara-Cara : 
  1. Blend kesemua bahan kecuali ikan hingga sebati.
  2. Marjerin hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Kemudian, sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng.
  4. Apabila sudah cukup panas, celupkan ikan ke dalam bancuhan sejuk tadi dan gorenglah hingga garing keemasan.
  5. Toskan setelah masak.
  6. Kemudian, hidangkan panas-panas bersama nasi putih atau sos cili.

Sunday, 27 November 2011

Resepi : Donut Lembut

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kat KL sekarang ni dilanda hujan. Wah! memang best la kalau tido bila hujan macam ni. 
Rasa sejuk & nyaman, tapi time2 hujan macam ni jugak perut rasa lapar je.
Tetiba datang idea nak buat donut. 1st time try buat donut ni.
Resepi ni ada dalam buku resepi sy, tapi tak ingat salin dari mana.
Sy ada ubah sikit dari resepi asal. Tukar jenis tepung n mentega.
Jadi jugak akhirnya. :)

Sebelum Kembang
Dah Kembang
Selepas digoreng, salut ngan gula & coklat
Bahan-Bahan : 

  • 4 1/2 cawan tepung Superfine.Superwhite Flour (Blue Key)
  • 1 cawan air suam kuku
  • 4 sudu besar buttercup
  • 6 sudu besar gula pasir 
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-Cara : 

  1. Cairkan mentega, kemudian ketepikan.
  2. Kacau gula & susu dengan air suam.
  3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan mentega yang dicampur telur dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung & gaul / uli hingga adunan tak melekat pada tangan. Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah tepung lagi.
  7. Rehat kan adunan selama 5 minit.
  8. Kemudian ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai, tekan acuan donut yg anda suka.
  9. Kemudian biarkan selama 45 minit. Doh akan naik 2 kali ganda.
  10. Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana.
  11. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster / gula yang telah dikisar.
  12. Boleh juga dihias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice / badam cincang.

Sunday, 30 October 2011

Resepi : Moist Chocolate Cake

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kek coklat moist again! hihi.. Tapi kali ni sy adun sendiri.
Bukan macam selalu tu, buat guna tepung dalam kotak je.
Siang tadi rasa rajin pulak nak adun sendiri.
Cekidaut resepi kat bawah. :)

Moist chocolate cake
Bahan-Bahan : 

  • ¾ cawan gula (dikisar halus)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1¼ cawan tepung gamdum (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil asen vanilla

Cara-Cara :

  1. Pukul telur & gula hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat, air panas, esen vanilla & garam.
  3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder & serbuk koko.
  4. Masukkan pula minyak jagung. Kacau sebati.
  5. Kukus selama 1 jam.
# Untuk ganache / topping boleh tengok SINI & SINI

Monday, 24 October 2011

Resepi : Ais Krim Goreng

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kat opis tadi rasa tak sabar2 nak balik umah. 
Sebab nya terbayang2 ais krim goreng dalam peti.
Sampai je umah terus pegi dapo goreng ais krim tu.
Huh! sedapnya tak terkata.
 Dengan kerak2 yang rangup kat bagian luar macam ayam kepci!
Mesti cuba ais krim goreng ni tau! :)

ais krim goreng


Bahan-Bahan : 

  • Roti (sy guna roti Gardenia)
  • Ais Krim Coklat (sy guna brand WALLS, kalau nak buat ais krim sendiri pun boleh. Klik SINI)
  • Telur dipukul (macam buat telur dadar)
  • Nestum Keluarga
  • 2 cawan Minyak - untuk menggoreng

Cara-Cara : 

  1. Lembapkan 2 keping roti dengan air biasa.
  2. Kemudian letakkan ais krim atas roti tersebut dan kapit dengan lagi satu roti.
  3. Ambil something yang bulat untuk tekap roti tersebut. Contohnya cawan plastik. (sy guna botol air bulat)
  4. Kemudian kemaskan tepi roti dengan air. Pastikan roti tak terbuka.
  5. Celup dalam telur yang telah dipukul.
  6. Gaul pula dalam nestum.
  7. Ulang langkah 5 & 6 jika nak tebal. (sy ulang 2 kali)
  8. Simpan dalam bekas & letak dalam peti hingga roti & ais krim keras.
  9. Pastikan roti tak bersentuh antara satu sama lain. Nanti dah keras, roti tu melekat. Jadi sy cadangkan masukkan roti tu dalam plastik satu2.

Cara Menggoreng :

  1. Panaskan minyak hingga betul2 panas.
  2. Gorengkan roti yang telah keras selama 10 saat / nampak kekuningan.
P/S : Lebihan roti yang berlubang tu jangan di buang. Tengok SINI untuk kegunaan lain. :)

Resepi : Roti Goreng cicah Ais Krim

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Lepas balik dari bejalan tadi buat ais krim goreng.
Semua bahan dah beli masa keluar tu.
Tapi tak goreng lagi la ais krim nya. tunggu keras dulu. 
Esok baru boleh goreng. Nanti saya bagi tau cara nak buat ais krim goreng ye. :)

Tapi lebihan roti tu sy tak nak bazirkan.
Jadi sy buat roti goreng. Kalau nak cicah gula pun boleh.
Sy buat cicah dengan ais krim. Macam kat bawah ni.

Roti goreng cicah ais krim


Bahan-Bahan : 

  • Roti (sy guna Gardenia)
  • Telur
  • Ais Krim (sy guna ais krim coklat brand WALLS)
  • Dairy Sweetened Whipped Cream
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-Cara : 

  1. Panaskan minyak sampai betul2 panas. Guna minyak yang banyak.
  2. Salut roti dengan telur.
  3. Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga nampak kekuningan & garing lebih kurang 1 minit.
  4. Dalam mangkuk kecil lain, masukkan 1 scoop ais krim.
  5. Paipkan whipped cream atas ais krim tersebut. 
  6. Hias ikut kesukaan anda.
Sedap dimakan sambil tengok tv.

Wednesday, 19 October 2011

Resepi : Coklat Topping

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Untuk sekian kalinya, kek coklat lagi. Sy suka betul la buat kek coklat kukus ni.
Actually kat umah ni takde oven, sbb tu la selalu sangat buat kek ni. hehe.
Sy suka buat topping coklat tu. Tapi kali ni sy guna compound coklat & tambah madu. 
Resepi sy yang sebelum ni guna coklat yang kita makan biasa tu.
Boleh tengok resepi tu kat SINI. Seperti biasa kek tu sy guna tepung segera. :)

moist chocolate cake

Bahan-Bahan :

  • 200gm Whipping cream
  • 300gm Chocolate Compound (sy guna brand Tulip)
  • 1 sudu madu
Cara-Cara :

  1. Panaskan whipping cream.
  2. Potong coklat kecik2 & masukkan dalam mangkuk.
  3. Kemudian tuangkan whipping cream yang panas tu dalam coklat tadi.
  4. Kacau perlahan2 sampai semua coklat cair & sebati.
  5. Tambah satu sudu madu. Kacau hingga sebati.
  6. Biar agak sejuk sikit baru tuang atas kek.

Tuesday, 18 October 2011

Resepi : Koktail Simple

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Di pagi yang indah ni sy nak kongsi satu resepi yang paling senang dalam dunia kot! 
Adik tadika pun boleh buat rasanya. Hehe.
Malam tadi rasa haus sangat, tapi taknak minum air yang biasa2.
Ngintai2 dalam peti ternampak la susu sejat & buah2 koktail dalam tin.
Apa lagi terus la buat. Selalu kalau time rajin sikit sy akan buat cara lagi satu. 
Time ni darurat (haus giler!), so buat yang paling simple. 
Next entry sy bg resepi koktail yang detail & lagi menawan.

Koktail paling simple!

Bahan-Bahan :
  • Susu sejat (apa2 brand pun boleh)
  • Buah2 campuran / koktail dalam tin (tak  kisah brand apa pun)
  • Ais ketul

Cara-Cara :
  1. Masukkan koktail dalam bekas yang anda suka. (skali ngan air koktail tu)
  2. Tuangkan susu sejat daam bekas tu. Ikut citarasa anda nak letak banyak mana.
  3. Letakkan ketulan ais dalam tu.
  4. Huh! sejuk tekak. Simple kan?! =)

Saturday, 15 October 2011

Resepi : Mee Kari

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Semalam mood kerajinan untuk masak ni tinggi, jadi sy & roommate fikir nak buat mee kari.
Lepas abes keje terus beli bahan untuk masak.
Tapi ada beberapa bahan yang tak lengkap. Kerang, taugeh takda & beberapa bahan lain.
But sedap jugak w/pun tak cukup bahan. :)
Sy masak macam ni. Sy bg full resepi.

Mee kari ku... :p

Bahan-Bahan :

  • 4 sudu rempah kari daging
  • 200ml santan - sy guna santan segera je
  • 1 liter air - Kalau nak cair sikit boleh tambah lagi air
  • Ayam dipotong kecil - Terpulang nak banyak mana
  • Kerang - Terpulang nak banyak mana
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih, kayu manis & the geng
  • 1 labu bawang besar - dikisar halus 
  • 5-6 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 2 cm halia - dikisar halus
  • 2 sudu cili kering yg telah dikisar halus
  • ½ inci asam keping
  • Garam & perasa secukupnya
      # Lain bahan & hiasan :
  • Fish cake & fish ball - potong ikut citarasa anda
  • Taugeh - dicelur
  • Kacang panjang - dicelur
  • Sawi - dicelur
  • Telur - direbus
  • Bawang goreng 
  • Tauhu - digoreng & dihiris
  • Cili kecil - dihiris
  • Limau kasturi

Cara-Cara : 

  1. Tumis daun kari, bunga cengkih, kayu manis & the geng.
  2. Masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia), tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering & tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan serbuk kari. Kacau rata.
  5. Masukkan ayam & sikit air / santan. - biar ayam sebati.
  6. Masukkan lebihan santan & air. Biar mendidih.
  7. Masukkan kerang, garam & perasa, fish ball & fish cake.
  8. Biar mendidih. 
  9. Siap!

Resepi : Vanilla Ice Cream

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Dah lama tak update blog ni. Lately ni rase cam kurang rajin. 
Tapi ku gagahi jua jemari ini untuk menekan papan kekunci ini. (Amboi! ayat novel plak! LOL :))
Ok, sy bru 1st time try buat ice cream ni. Tak sangka pulak menjadi. 
Sebenarnya sy tak suka sangat ice cream vanilla, tapi rasa rajin sangat nak buat.
Rupa paras ice cream & resepi macam kat bawah ni.

eskrem vanilla sy! :)

Bahan-Bahan :

  • 300ml susu segar 
  • 1 biji telur
  • 1½ sudu overlatte
  • Susu pekat manis - agak²
  • Esen vanilla
  • Pewarna

Cara-Cara :

  1. Masukkan susu segar, telur, overlatte, susu pekat & esen vanilla dalam bekas.
  2. Pukul sampai kembang & gebu.
  3. Asingkan adunan dalam beberapa bahagian.
  4. Kemudian letakkan pewarna yang anda suka.
  5. Satukan dalam bekas berselang seli.
  6. Sejukkan dalam peti sampai keras.

Friday, 7 October 2011

Resepi : Chocolate Ganache

As Salam & Selamat Sejahtera

Perasaan sy hari ni sangat gembira, suka, & sebagainya  sebab 1st time buat coklat ganache menjadi dengan jayanya. hehe. Ganache ni leh guna untuk topping kek, makan ngan roti, 
nak letak kat wafer pun boleh. 
So semalam sy buat ganache ikut resepi sy sendiri. Sebelum tu nak tunjuk kek sy yang dah ditopping dengan ganache tu. :)

tadaaa.... kek yg dah letak ganache. :p

Bahan-Bahan :

  • 200gm Whipping cream
  • 200gm Dairy Milk Chocolate (sy gn brand Vochelle)
  • 78gm Semi-sweet Dark Chocolate ( sy gn Van Hauten)
Cara-Cara :

  1. Panaskan whiping cream.
  2. Potong coklat kecik2 & masukkan dalam mangkuk.
  3. Kemudian tuangkan whipping cream yang panas tu dalam coklat tadi.
  4. Kacau perlahan2 sampai semua coklat cair & sebati.
  5. Biar agak sejuk sikit baru tuang atas kek.
*** Untuk kek ni sy guna tepung segera je, memang sangat sedap, lembut & moist.

Monday, 3 October 2011

Resepi : Jejemput Pisang

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Huh! kenyangnya. Alhamdulillah hingga hari ini sy masih ada selera untuk makan. (Bila la nak diet ni)
Tadi lepas makan nasi rasa nak buat kudapan sambil tengok tv. Jenguk2 kat dapo ternampak la pisang berangan yang terlebih masak. Dari buang, baik la buat jemput jemput. 
Sedap betul makan panas2. :)

Rangup diluar, lembut didalam. 

Bahan-Bahan :
  • 6-7 biji pisang yang masak (Apa2 pisang pun boleh)
  • Tepung (Agak2)
  • Gula - 4 sudu besar
  • Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
Cara-cara :
  1. Lenyek pisang sampai hancur.
  2. Masukkan gula, kacau sampai gula hancur.
  3. Masukkan soda bikarbonat. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung. Jangan terlalu keras, jangan terlalu cair.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak.
  6. Siap untuk dihidang.
  7. Sedap! :)

Friday, 30 September 2011

Resepi : Puding Jagung

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Sorg housemate sy ni dalam proses nak pakai braces. Sy tengok dia susah btol nak makan, gigi baru kena cabut 2 batang kat belah atas, pastu kena pkai satu wire kat  lelangit. Aduhh.. Sy tengok pun seksa, apatah lagi yang memakainya. Jadi sy pun fikir la nak buat something yang lembut untuk senang dia makan.
Resepi paling senang sy buat puding jagung la. Sedap & lembut.
So, resepinya macam kat bawah ni.

Sedap kalau makan sejuk2.

Bahan-Bahan : 

  • 1 1/2 cawan jagung manis
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 3/4 gula (kalau nak manis lagi boleh letak 1 cawan)
  • 1 1/2 cawan susu cair (susu yang buat koktail tu)
Cara-cara : 
  1. Satukan jagung, tepung kastard, air, gula & susu cair dalam periuk.
  2. Kemudian kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat.
  3. Angkat & sejukkan dalam bekas yang anda suka. 

Thursday, 29 September 2011

Kek Coklat Kukus Segera

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kek coklat! rasanya ramai yang suka kan? Termasuk la sy, suka sangat makan kek coklat.
Selalu jugak tengok resepi2 kat blog2 masakan. Telan air liur tengok gambar2 kek tu. huhu.
Semalam sy ter-rajin nak buat kek coklat, but buat kek coklat segera tu je. Just tambah air, minyak & telur je. ehehehe. Bukan ape, rasa tak berkeyakinan lagi nak buat sukatan sendiri. But satu hari nanti nak try jugak buat sukatan sendiri. Satu hari tu tah bila la agaknya. Huhu.

Ni la rupa kek coklat segera sy! :)
Kek ni  tak yah tulis resepi la kot, sebab tengok kat kotak tepung kek tu je. 
Dah ada step by step. Terpulang la pada diri masing2 nak guna brand apa. Cuma sy ada olah sikit je la.
Air tu tukar kepada air coklat. Kemudian masa nak kukus tu letak kan coklat chip dalam adunan tu.

Ok la, mata dah rase ngantok. Katil, bantal & selimut pun dah memanggil2 tu.
Selamat Malam! :)

Daaaaa... :p


Wednesday, 3 August 2011

RESEPI : Nasi Ayam Hitam

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Macam mana puasa ari ni? ok? Until now sy ok lagi la...
Petang nanti tak tau la, sebab sy selalu pedih perut bila petang je.. huhu..
Emmm, ari ni sy nak post pasal resepi lagi.. Resepi nasi ayam pulak..
Masa 1st day puasa ari tu, sy & housemate discuss la pasal menu untuk berbuka, pikir punya pikir, kami decide nak buat nasi ayam.

Ni la rupa nasi ayam hitam sy.. heehhe.. Hitam itu menawan keyh!

Ayam Hitam itu menawan..

Nasi kuning diraja gitew..


Bahan-Bahan Sup :
  • Bawang  besar - 1 labu (tumbuk)
  • Bawang putih - 3 ulas (tumbuk)
  • Halia - 2 cm (tumbuk)
  • Serai - 2 batang (diketuk)
  • Sup bunjut - 2
  • Bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kayu manis
  • Kiub ayam - 2
  • Serbuk sup - 1 sudu
  • Serbuk kurma - 1 sudu
  • Garam & ajinamoto
  • Air secukupnya
  • Ayam - jangan potong terlalu kecil.
Cara- cara :
  1. Tumis  serai, bahan yang ditumbuk & bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kayu manis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya. Biar sampai mendidih. Dan masukkan sup bunjut.
  3. Masukkan pula ayam dan biarkan empuk.
  4. Setelah ayam empuk, angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian masukkan kiub ayam, serbuk sup, serbuk kurma, garam & ajinamoto secukupnya. biar mendidih.
  6. Rasa dulu, kalau dah sedap boleh tutup api. :)
Bahan-bahan untuk diperap :
  • Madu
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk halus)
  • Halia - 1 cm (ditumbuk halus)
Cara-cara :
  1. Gaul kan semua bahan dan perap ayam yang telah direbus dalam sup tadi selama 15 minit.
  2. Kemudian goreng dengan api yang perlahan.
Bahan-bahan untuk nasi :
  • 3 cawan beras
  • 2 sudu mentega
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 4 1/2 cawan sup yang telah siap tadi.
  • Pewarna kuning. (optional)
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan beras dan sup tadi ke dalam rice cooker.
  3. Panaskan mentega & tumis halia dan bawang putih hingga garing, dan masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Masukkan sekali mentega tu.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan biar nasi masak seperti biasa.
Bahan-bahan untuk sos :
  • 6 biji cili besar (merah)
  • 4-5 biji cili kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam & ajinamoto secukup rasa
  • 3 sudu cili sos
  • 2 sudu gula
  • Air - Jangan banyak sangat air, nanti sambal cair.
Cara- cara :
  1. Masukkan semua bahan dalam blender, dan kisar sehingga lumat.
  2. Kemudian masak sambal atas api yang kecil hingga mendidih.

P/S : 1) Kicap lebihan perap ayam tu boleh makan jugak buat sos, didih kan atas api yang
             perlahan dulu. Pastu leh hidang sekali untuk curah atas ayam.. :)
         2) Gambar sambal & sup tak letak sebab gambar blur.. so sad...
             maklumla snap guna hp je.. :p

Monday, 1 August 2011

RESEPI : Kerang Rebus

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Hari Jumaat lepas sy masuk la pasar raya.. Tup-tup mata terpandang la ke satu sudut, "wah! kerang la.."
Ape lagi sy sambar je la.. Dah la murah, RM2 je sekilo.
Kerang tu segar betul! siap terbukak lagi kerang tu.. Sy lebih suka kerang yang kecik dari yang besar.
Seb baik la kerang kat situ kecik-kecik.. 

Untuk resepi kerang rebus ni sy buat special sikit pasal nak rasa lebih sedap. Nak try resepi macam sy buat? Jom tengok resepinya..


Kerang rebus special

Sedia untuk dimakan!
Bahan-bahan :
  • Kerang
  • Bawang merah - dihiris
  • Bawang putih - dihiris
  • Serai - dihiris nipis
  • Daun kunyit - dihiris
  • Garam & ajinamoto - secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas dan rebus seperti biasa / hingga kerang masak.
  2. Sedia untuk dihidang.
P/S : sy suka cicah kerang dengan sos Thai. Wah! mabelesss! =)

RESEPI : Ikan Selayang Pedas

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Yeah! selama 2 hari sy tak dapat online, finally hari ni dapat online gak..
Sebabnya sy ikut housemate balik umah kakak dia..
Errmm, hari ni sy nak kongsi lagi satu resepi masakan yang sy masak minggu lepas..
Ni pun masakan simple jugak, masakan orang bujang la katekan.. huhuhu..

Haaaa.. ni la rupa ikan pedas yang sy buat, merah menyala uols..


Ikan Selayang kepedasan
Bahan-bahan :
  • Ikan - Semua jenis ikan boleh.
  • Bawang besar - 1 biji
  • Bawang putih - 3 ulas
  • Cili kering
  • Garam & ajinamoto
  • Gula - Sha suka letak gula banyak.
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Air Kosong
Cara-cara memasak :
  1. Goreng ikan seperti biasa - ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar mengikut kepedasan yang anda mahu. Masak sehingga cili kering nmpak garing.
  4. Masukkan sos cili & sos tiram.
  5. Masukkan air kosong, garam, ajinamoto, gula.
  6. Biar mendidih dan agak pekat.
  7. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong.
  8. Biar sebati dan boleh dihidang.

Thursday, 28 July 2011

RESEPI : Ikan Bakar & Air Asam

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^) 

Kali ni sy nak share dengan uols satu resepi yang paling simple dalam dunia, kot..
Resepinya adalah ikan bakar cicah air asam..
Huiii.. sedap betul (eh tetibe lak puji masakan sendiri),
sy memang suka makan makanan yang bakar-bakar ni.. 


Ermm, ha! resepi air asam ni mak sy yang bagi, so bila dah duduk jauh ngan mak ni kena la masak sendiri kan.. Dulu kalau nak buat air asam ni mesti sy call mak dulu pasal tak ingat bahan yang nak kena letak, lupa nak salin.. Sekarang ni sy dah ingat so boleh la share ngan uols.. Jom!

Ikan  kembung  bakar

Ikan  terbakar
Air  asam

Bahan-bahan untuk bakar ikan :
  • Ikan (kuantiti terpulang pada uols)
  • Serai
  • Perancah ikan bakar (Adabi) - hehe.. sy guna yang ni je, senang..
  • Daun kunyit - untuk balut ikan semasa membakar
Bahan-bahan untuk air asam :
  • Cili besar - banyak lagi bagus..
  • Cili kecik - ikut kepedasan yang uols suka..
  • Bawang besar - Separuh dipotong dadu..
  • Tomato - Dipotong dadu
  • Belacan - 1/2 cm
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula
  • Air asam jawa
Cara-cara membuat :
  1. Perap ikan dengan perencah ikan bakar dan serai yang dikisar halus selama 15 minit.
  2. Kemudian balut ikan dengan daun kunyit dan bakar seperti biasa.
  3. Masa untuk buat air asam pulak...........
  4. Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga lumat.
  5. Kemudian sediakan bawang dan tomato yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk.
  6. Tuangkan air asam yang telah dikisar lumat tadi ke dalam mangkuk tu.
  7. Boleh rasa dulu sebelum dihidangkan. Bila rasa dah sedap, leh la dihidangkan.
P/S : Untuk mendapatkan air asam yang pekat, lebihkan cili besar... 

RESEPI : Black Pepper Chicken

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kat sini sy nak kongsi satu resepi yang selalu sy masak,
sebab resepi ni senang sangat.. 
Kalau  uolss nak tau, sy ni suka sangat makanan yang ada lada hitam, 
dalam bahasa omputeh nye blackpepper... 

So, resepi yang sy nak kongsi ialah Blackpepper Chiken ala2 Chubby.. giteww.. 
Makan dengan nasi panas2 memang sedap. But jangan la panas sangat, kang meletup lak mulut.. hikhik..

Jom try resepi tu....

Blackpepper  Chicken  ala2  Chubby
Bahan-Bahan :
  •     Ayam - 1/2 ekor (perap ayam dengan serbuk blackpepper & sos tiram)
  •     Lada kering (2 sudu) - dikisar
  •     Bawang besar (sebijik) - dikisar
  •     Bawang Puteh (4 ulas) - dikisar
  •     Lada hitam (2 sudu) - ditumbuk halus
  •     Serbuk blackpepper - brand ajinamoto
  •     Serbuk lada sulah - brand ajinamoto
  •     Gula - secukup rasa
  •     Sos tiram
  •     Sos cili
  •     Kicap
  •     Minyak- untuk menumis & menggoreng ayam
  •     Serbuk perasa & garam - secukup rasa
  •     Sedikit air kosong
Cara-Cara Mamasak :
  1.     Panaskan minyak & gorengkan ayam seperti biasa. Angkat dan toskan.
  2.     Kemudian tumis bahan2 kisar dan lada kering kisar sehingga garing.
  3.     Masukkan sos tiram & sos cili.
  4.     Masukkan air dengan secukupnya.Biar mendidih.
  5.     Masukkan kicap ( biar lebih dan nampak hitam legam), gula, garam, serbuk 
        perasa(ajinamoto), lada hitam yang ditumbuk, serbuk lada hitam, & serbuk lada
        sulah.
  6.     Biarkan ia mendidih dan kuah menjadi pekat.
  7.     Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuah itu.
  8.     Biar kan seketika untuk ayam itu sebati dengan kuah.
  9.     Sedia untuk dihidang.