Thursday 28 July 2011

RESEPI : Ikan Bakar & Air Asam

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^) 

Kali ni sy nak share dengan uols satu resepi yang paling simple dalam dunia, kot..
Resepinya adalah ikan bakar cicah air asam..
Huiii.. sedap betul (eh tetibe lak puji masakan sendiri),
sy memang suka makan makanan yang bakar-bakar ni.. 


Ermm, ha! resepi air asam ni mak sy yang bagi, so bila dah duduk jauh ngan mak ni kena la masak sendiri kan.. Dulu kalau nak buat air asam ni mesti sy call mak dulu pasal tak ingat bahan yang nak kena letak, lupa nak salin.. Sekarang ni sy dah ingat so boleh la share ngan uols.. Jom!

Ikan  kembung  bakar

Ikan  terbakar
Air  asam

Bahan-bahan untuk bakar ikan :
  • Ikan (kuantiti terpulang pada uols)
  • Serai
  • Perancah ikan bakar (Adabi) - hehe.. sy guna yang ni je, senang..
  • Daun kunyit - untuk balut ikan semasa membakar
Bahan-bahan untuk air asam :
  • Cili besar - banyak lagi bagus..
  • Cili kecik - ikut kepedasan yang uols suka..
  • Bawang besar - Separuh dipotong dadu..
  • Tomato - Dipotong dadu
  • Belacan - 1/2 cm
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula
  • Air asam jawa
Cara-cara membuat :
  1. Perap ikan dengan perencah ikan bakar dan serai yang dikisar halus selama 15 minit.
  2. Kemudian balut ikan dengan daun kunyit dan bakar seperti biasa.
  3. Masa untuk buat air asam pulak...........
  4. Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga lumat.
  5. Kemudian sediakan bawang dan tomato yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk.
  6. Tuangkan air asam yang telah dikisar lumat tadi ke dalam mangkuk tu.
  7. Boleh rasa dulu sebelum dihidangkan. Bila rasa dah sedap, leh la dihidangkan.
P/S : Untuk mendapatkan air asam yang pekat, lebihkan cili besar... 

2 comments: