Wednesday, 28 September 2011

Keyakinan bermula dengan senyuman yang hebat

As salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Tengah senyum ke tu? Tapi anda rasa yakin tak nak senyum depan orang ramai? 
Haa.. Kalau rasa tak yakin tu, cuba senyum depan cermin. 
Mungkin ada yang tidak kena dengan gigi anda. Hikhik...

Bukan apa, pagi tadi sy jumpa dentist kat PPUM, sebab tu beria sangat nak story pasal senyum & gigi bagai ni. 
Time tu sy scaling n tampal gigi. Next week kena pegi lagi sebab nak tampal gigi yang lagi satu pulak. 
Padahal sy tak nampak pun belubang gigi tu, doc check tadi banyak pulak yang berlubang nya. 
Tapi tak teruk la, sikit je. 

Masa scaling la paling takut skali, tengok alat2 doc tu pun dah buat sy menggigil.
Uwaaa.. takutnya la.. Tapi tak kan la nak menjerit pulak time tu kan. Kang tak pasal2 kena pegi wad gila lak. Errr.. tak sanggup. 
Proses scaling tu akan buat kita rasa ngilu, dengan bunyi mesin tu lagi. Huh! nasib baik la sy dapat melepasi saat2 mendebarkan tu dengan jayanya. Lepas scaling gigi anda akan rasa bersih, licin & berkilat.
Ceywah!

Lihat gigiku. Nampak bersih, licin & berkilat kan? huhu.. *Pict from Google

Dalam masa yang sama roommate sy pun ada appointment dengan dentist. Dia nak pakai braces. So banyak la procedures yang dia kena lalui. Pelbagai cabaran dan dugaan. (Amboi! over nye ayat)
Kesian tengok dia tadi, sebab dia kena cabut 2 batang gigi atas. 
Maybe next week dia kena cabut 2 batang gigi bawah pulak.
Seksanya tengok dia, dengan besi kat lelangit, nampak susah nak bercakap.
Tapi takpe la kan? Bak kata pepatah, terseksa2 dahulu, bercantik2 kemudian. 
(Boleh ke wat pepatah sendiri ni?) 
Alhamdulillah la sebab sy tak perlu nak buat braces sebab gigi dah ok. 

Jadi , jaga la gigi anda sebaik mungkin untuk mengelakkan anda terseksa di kemudian hari.
Dan ingat! KEYAKINAN BERMULA DENGAN SENYUMAN YANG HEBAT! 

Daaaaa... :p

No comments:

Post a Comment