Monday, 24 October 2011

Resepi : Ais Krim Goreng

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kat opis tadi rasa tak sabar2 nak balik umah. 
Sebab nya terbayang2 ais krim goreng dalam peti.
Sampai je umah terus pegi dapo goreng ais krim tu.
Huh! sedapnya tak terkata.
 Dengan kerak2 yang rangup kat bagian luar macam ayam kepci!
Mesti cuba ais krim goreng ni tau! :)

ais krim goreng


Bahan-Bahan : 

  • Roti (sy guna roti Gardenia)
  • Ais Krim Coklat (sy guna brand WALLS, kalau nak buat ais krim sendiri pun boleh. Klik SINI)
  • Telur dipukul (macam buat telur dadar)
  • Nestum Keluarga
  • 2 cawan Minyak - untuk menggoreng

Cara-Cara : 

  1. Lembapkan 2 keping roti dengan air biasa.
  2. Kemudian letakkan ais krim atas roti tersebut dan kapit dengan lagi satu roti.
  3. Ambil something yang bulat untuk tekap roti tersebut. Contohnya cawan plastik. (sy guna botol air bulat)
  4. Kemudian kemaskan tepi roti dengan air. Pastikan roti tak terbuka.
  5. Celup dalam telur yang telah dipukul.
  6. Gaul pula dalam nestum.
  7. Ulang langkah 5 & 6 jika nak tebal. (sy ulang 2 kali)
  8. Simpan dalam bekas & letak dalam peti hingga roti & ais krim keras.
  9. Pastikan roti tak bersentuh antara satu sama lain. Nanti dah keras, roti tu melekat. Jadi sy cadangkan masukkan roti tu dalam plastik satu2.

Cara Menggoreng :

  1. Panaskan minyak hingga betul2 panas.
  2. Gorengkan roti yang telah keras selama 10 saat / nampak kekuningan.
P/S : Lebihan roti yang berlubang tu jangan di buang. Tengok SINI untuk kegunaan lain. :)

4 comments:

  1. @wan habibah : sedap sgt. try la wat.. hihi.. :)

    ReplyDelete
  2. macam nak buatlah nanti.. hee ^^

    ReplyDelete
  3. haz : nti try tau.. sedap... ;)

    ReplyDelete