Tuesday 1 November 2011

11 jenis kuih / makanan Kelantan yang belum pernah dimakan

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Ha... sapo orghe klate sini? Pakak2 mari la denga ambo nok kechek nih! (betul ke tak sy tulis ni?)
Hehe.. bukan pe, kali ni nak story pasal negeri cik siti wan kembang, so kena la cakap Kelantan sikit. :)
Walaupun real name sy ada "NIK", tapi sy bukan orang kelantan ori tau.
Nenek sy belah mak je orang kelantan, mak & ayah sy orang Pahang.
So sikit2 je la pandai cakap Kelantan. 

Ok2, stop pasal asal usul sy. hehe. Berbalik pada tajuk entry kali ni.
Nama je nenek sy orang Kelantan, tapi banyk kuih kelantan yang sy tak pernah makan & teringin nak rasa.
Kalau orang dari luar Kelantan mesti pelik dengar nama kuih2 ni. hihi..

Kuih Puteri Mandi
1.  Cantik kan kuih ni? Patut la nama kuih ni puteri mandi, mungkin kerana kecantikan yang dimilikinya. 
Hehe. Rasa tak tau la macam mana. Yang penting mesti manis neting! 

Kuih Asam Gumpal
2.  Asam Gumpal atau dalam loghat Kelantan "saguppa". Susah jugak nak eja word2 kelantan ni. Hihi.
Rasanya dalam kuih ni ada inti. Cuba anda Google, inti apa kat dalam kuih ni?

Kuih Peria
3.  Peria? peria pahit kan? Tapi kuih ni tak kan la pahit pulak kan? Mungkin sebab rupa paras kuih ni
macam bentuk peria, pasal tu dapat nama ni. 

Butir Nangka
4.  Haha.. "Butir Nangka" nah. Hilir napok teh! Orang Kelantan sebut "butei nako".
Agaknya la kot, hihi. Orang Kelantan jangan marah tau, sy suka loghat Kelantan, 
tapi kalau nak cakap tu memang failed la. Jadi cam orang Siam. Haha..

Kuih Buah Tanjung
5.  Kuih ni sy tak pernah tengok in real life. 1st time tengok dalam gambar ni je la. 
Sy boleh tau pasal kuih ni pun sebab roommate bagi  tau tadi.
Agaknya cam ne la rasanya kan?

Kuih Nekbat
6.  Dari mana la datangnya asal usul nama kuih ni kan? Nampak macam kuih bahulu.
Tapi kena rendam dalam air pulak. Sy difahamkan oleh roommate sy tu, air rendaman tu adalah air gula.
Confirm manis! 

Tepung Gomok
7.  Kenapa nama die tepung gomok? hehe... Pernah nampak orang jual kuih ni kat KL & kat Pahang.
Tapi tak pernah beli, lepas ni kalau nampak kuih ni harus beli. 

Tepung Sunai
8.  Berbetuk kon nampak 3 segi, "tepung suna" nama diberi. Haa.. pantun dari sy tu. Huhu.. 
Kuih ni kat Kelantan je kot ada. 

Kuih Belebab
9.  Pelik kan nama kuih ni? Bukan DEBAB tau. :p

Badak Berendam
10.  Nama macam comel je, "badak berendam".
Rasa cam tak boleh telan je kuih ni, sebab santan lembik2 tu.
Nenek2 suka la kot kuih2 macam ni sebab lembut. :)

Kuih Tahi Itik
11.  Nama kuih yang penuh kontroversi. Betul ke kuih taik itik ni macam ni?
Tak penah tengok jugak in real life. Ni pun Google je.


Haaaa... tu la antara kuih2 Kelantan yang sy tak pernah makan. Untung duduk Kelantan, 
macam2 kuih ada. Lagi satu, anda perasan tak yg kebanyakan kuih Kelantan ni warnanya terang2, comel, & paling penting sekali manis2 blako!
Selamat Malam orang Kelantan... :)

*All pictures via GOOGLE*

6 comments:

  1. @wan habibah : kite same.. tak penah makan gak kuih2 ni.. :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan tp semua nnmpk mcm manis je. hek, kurang minat :P

    ReplyDelete
  3. kuih taik itik rase mcm taik itik kew?
    sedap x?


    JOM singgah blog saya nak...Kenapa kite kene dgr cakap mak ek? sebab....

    ReplyDelete
  4. @NadyaBubble : hihi.. kuih kelantan mmg manis2. :)

    @SheyPull : xtau la, x penah rase lg kuih tu. heh. :p

    ReplyDelete
  5. sy ni pn bukan org kelantan,dulu dgr nama kuih je xlalu nk mkn,mmg btl2 sy xsuka..tp bila kawan sy bwk sy ke kg dia kt kelantan..1 ary 2,dye bwk sy pergi bli nasi berlauk,cari juadah pagi..kt kdai 2 bwk kuih muih,macam2 jenis,org pn rmai,harga murah!! sy pn plek lahh,ap yg sdap ngn kuih,kawan sy ckp sdp sgt..sy xcye,sy cuba amk kuih pulut kaya..bila sy makan terbeliak biji mata..bertapa sedap nya..sebelum ni sy xpnh mkn..lepas 2 semua kuih sy rasa,semuanya sedap2 belaka..untung nya tgl dikelantan..sekarang rindu nk makan lagi..BTW KUIH KELANTAN SO TASTY!!!

    ReplyDelete