Monday 14 November 2011

Kesihatan terganggu

As Salam & Selamat Sejahtera :(

Dalam keadaan kurang sihat jemari ini tetap ingin meniti di atas laptop jenama DELL kepunyaan opis. 
Ketika ini diriku dalam keadaan kesejukan di opis. Walaupun ekon dalam department ku ini rosak (ada 3 ekon 1 je rosak), tetapi kesejukan yang ku rasai ini seperti berada di dalam ais.


beginilah keadaan ku ketika ini. Bulat & sejuk!
Bila kupejam mata terasa panas. Sah! ini tanda diriku demam kembali.
Ku sangka demam ku sudah pulih pagi tadi.
Perkara yang terjadi semasa diriku berumur 12 tahun telah kembali.
Pabila senja datang, sejuk pun melanda. Sehingga kan diriku terpaksa ditahan dalam wad selama seminggu
kerana demam diwaktu senja dan malam. Agak pelik, bila siang demam ini hilang entah kemana.

Ku berharap demam, bukan demam saja, batuk ini jua tidak berlarutan, kerana tugasan2 ku masih menimbun.
Setakat ini saja yang mampu kucoretkan buat kali ini.
*terasa sebak.....

"I miss my mom"

2 comments: