Thursday 3 November 2011

Lagu UTM - Keunggulan Terbilang

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Sebenarnya lagu ni ada dalam winamp playlist sy.
Tadi tetiba lagu ni terplay. Terus teringat konvo.
Siapa yang dah konvo kat UTM mesti tau lagu ni. Bila dengar je lagu ni je mesti rasa nak konvo lagi.
Lagu ni ada aura tau, rasa cam meremang je bila dengar. Rasa bangga pun ada.
Rasa bersemangat pun ada. Yeah!
Agaknya sebab time tu dah abis study & berjaya dapat segulung diploma.
Baru diploma je. Huhu...
Jom nyanyi sesama! :)



Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Perundingan penulisan
Pembelajaran penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa

"Rasa nak sambung study & nak naik pentas lagi"

7 comments:

  1. hi faza... :)
    kite pun suka lagu UTM...
    rasa nak keje balik kat UTM...
    UTM best !!!

    ReplyDelete
  2. @imah Isma : hye imah.. best kan? hihi.. :)

    ReplyDelete
  3. teringat kenangan terbaik disinggahsana

    ReplyDelete
  4. kenangan terindah UTM ... MHS 1997/98

    ReplyDelete
  5. @Roy : huyoo Encik Roy, sejak bile ade blog ni? :)

    ReplyDelete