Tuesday 1 November 2011

Menari untuk tubuh langsing

CELEBRITY Fitness membawa satu lagi pendekatan untuk mereka yang mengidamkan tubuh yang memikat.
CELEBRITY FITNESS yang mempunyai lebih 100,000 ahli di 30 cawangan di Indonesia, India termasuk Malaysia memperkenalkan cara baharu mendapatkan bentuk tubuh yang menggiurkan.
Program yang dikenali sebagai Dance N' Attitude (DNA) kata Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Choi Kwang Ho adalah konsep senaman tarian yang membawa satu pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka yang menyertainya.
"Inspirasi DNA datang daripada pemerhatian kehidupan seharian dan gaya senaman ini juga mengikut trend semasa," katanya pada majlis pelancaran DNA di Pusat Gimnasium Celebrity Fitness di kompleks beli-belah 1 Utama baru-baru ini.

KWANG HO (berkot) bersama empat jurulatih yang profesional dan bertauliah.
Konsep DNA menawarkan empat jenis tarian yang berbeza yang dinamakan insanity,
seduce, flavor dan raw.
Keempat-empatnya meliputi gerakan tarian seperti salsa, tango, flamenco, jazz, hip hop dan banyak lagi.
Usah gusar sekiranya anda bukan seorang penari kerana jurulatih bertauliah
dan mesra seperti Baby -G, Sunny dan Stefan akan melatih anda.
Kepada yang berminat, sila layari www.celebrityfitness.com atau
di www.facebook.com/CelebrityFitnessMalaysia untuk mendapatkan maklumat
lebih terperinci. - MAZLINA ABDUL MAJID

Sumber : KOSMO!

"Si Shubby juga mengidamkan tubuh yang langsing! *kalau la ada yang sudi bawak sy kesini alangkah bahagianya"


2 comments: