Monday 4 November 2013

UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL WANITA 2013

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Memandangkan sy telah tersenarai dalam ujian fizikal ni, sy nak cerita sikit pengalaman untuk calon2 yang akan datang. Beberapa tips dan perkara yang perlu anda tahu sebelum menghadiri ujian fizikal adalah seperti berikut : 
  • Kepada sesiapa yang telah terpilih untuk menjalani ujian fizikal ni anda mesti lah BUJANG ok, sebab masa sy buat ujian hari tu ada calon yang telah berkahwin tetapi datang untuk mencuba nasib. Malangnya pegawai tu suruh calon tersebut balik sebab syarat utama nya mestilah bujang. Penat2 je datang jauh2, awal2 pagi kena balik. Kesian dia.
  • Mesti datang awal. Kalau boleh sejam atau 1/2 jam sebelum masa yang tertulis dalam surat panggilan.  Nanti takde la korang terlepas taklimat yang diberi oleh pegawai bertugas. Anda mestilah berpakai an KEMAS & SOPAN. Seeloknya pakai baju kurung dan tudung yang sesuai.
  • Pastikan semua dokumen lengkap. Kalau tak lengkap jawabnya anda kena balik rumah la.
  • Bawa pakaian sukan. JANGAN bawa seluar tracksuit panjang, pasti kan bawa seluar pendek atas lutut atau seluar tight. Sebab pegawai nak tengok cara kita berjalan, lutut or peha berselisih tak masa berjalan. Jalan mesti kena segak. Jangan risau, masa ni semua pegawai perempuan je yang bertugas.
  • Selepas taklimat diberi, calon kena tukar pakaian sukan dalam dewan. Dan ujian fizikal tersebut akan dibuat dalam dewan tertutup tu. Perkara pertama yang akan dibuat adalah ukur tinggi & berat.
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg. Kalau tak cukup syarat, macam biasa balik rumah la.
  • Pastikan anda bersedia dari segi fizikal sebelum tarikh ujian. Biasanya panggilan akan dapat 2 or 3 minggu sebelum. Seeloknya anda dah kena kuatkan stamina. Sebab masa ujian nanti macam2 yang akan anda buat. Contohnya lompat bintang, pumping, lari ulang alik tanpa henti dengan kelajuan maksimum, dan beberapa perkara lagi. Dan yang paling penting anda perlu lontarkan suara sekuat hati . haha.. macam nak masuk AF plak.Kawad pun kena buat, kalau tak tau nanti pegawai tu ajar.
  • Pada hari tersebut pegawai akan check seluruh badan, dari kepala sampai ke kaki, jari jemari cukup ke tak, telinga, lengan lurus atau tak, perut, belakang. Kalau korang ada parut pegawai tu akan tanya parut sebab apa.
  • Bila semua dah settle boleh salin baju semula dan akan dapat tau keputusan ujian fizikal pada hari yang sama. Nanti korang kena isi beberapa borang dan serahkan sijil2 yang diminta. Pastu boleh balik dan tunggu je panggilan temuduga.
  • Tapi harus diingatkan calon2 yang sesuai ujian fizikal TIDAK SEMESTINYA dipanggil untuk sesi temuduga. Cara nak tau kita dapat ke tak temuduga kena selalu check IC melalui portal PDRM (http://sso.rmp.gov.my/). Sebab PDRM tak hantar surat panggilan. Nanti korang kena print surat tu sendiri.
Tu je pengalaman ujian fizikal yg sy lalui, Alhamdulillah sy passes ujian tu dan dah dapat panggilan temuduga. Sy akan story pengalaman temuduga pulak nanti. Good luck uols! 

2 comments:

  1. Kalau tapak kaki cek x ? sbb ari tu saya interview navy x lepas sbb tapak kaki flatt katenye..hmm kecewa :(

    ReplyDelete
  2. hai sis .. yg tang parut tw .. ad x kwn2 sis yg lain mse tw bparut .. malula t lw dorg npk .. parut ats sbb2 tertentu .. mohon :)

    ReplyDelete