Monday 26 September 2011

Comelnya

As Salam & Selamat Sejahtera... (^_^) 

Untuk entry kali ni sy nak cerita tentang makhluk yang paling sy suka, iaitu kucing. Comel betul makhluk ni kan? Sy ada jugak menaruh harapan untuk memiliki seekor kucing yang comel, slama ni bela kucing biasa2 je. Tapi orang cakap kalau nak bela kucing, alang2 bela yang boleh mendatangkan untung. Contohnya kucing parsi, macam kat bawah ni. 

Comelnyeee... *Pict from Google
Kucing idung kemek! comeeeiiiii... *Pict from Google
Alangkah bahagianya kalau dapat bela kucing parsi ni, bukan sbb comel je tapi manja jugak. Sebelum ni ada jugak survey kat kedai. Harga nya mak oiiii! kalah handbag sy pakai. Sampai riban2 harganya pun ada. Rasa cam tak tergamak pulak nak membelinya. Buat nya hayat kucing tu tak panjang, kan melayang je duit. Ni lagi satu kucing comel yang harganya riban2, Scottish Fold namanya. Comel sangat , bulu tebal tapi pendek, gebu je. Kalau ada depan mata rasa nak picit2. hehe.  
Posing maut tu.. *Pict from Google

Haaaa... comel kan!?
Harap2 time birthday nanti ada la yang bagi hadiah kucing ni. Wah! so heaven! hiihi..
Daaaaa... :p

No comments:

Post a Comment