Sunday 30 October 2011

11 barang yang patut ada dalam handbag anda

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Bagi sy setiap wanita / perempuan wajib ada satu handbag, tak kira la besa atau kecil.
Tapi sy lebih suka yang besar, sebab macam2 boleh letak. Hihi.
Kat sini sy nak kongsi dengan anda, barang2 yang patut ada dalam handbag 
selain dari wallet anda ketika keluar rumah.
Antaranya adalah :

tisu muka
1. Barang yang paling penting sekali perlu ada dalam handbag mesti la tisu.
Banyak kegunaan tisu ni bila kua rumah, lap2 muka macam artis tu, lap tangan lepas makan, 
lap baju kalau ada makanan tumpah, dll.

hand sanitizer
2. Macam2 brand hand sanitizer yang ada kat pasaran skrang ni.
Boleh pilih yang mana satu untuk jadikan barang penting anda semasa keluar rumah.
Sekarang ni makin banyak penyakit2 berjangkit yang bahaya, Jadi elok kita ambil 
langkah berjaga2.Pastikan tangan sentiasa bersih. Bukan tu saja, kadang2 kalau lepas makan nasi campur, tangan mesti bau tak segar, kalau pakai benda ni terus segar tau. Yang makan pakai sudu tu untung la. 

mouthwash
3. Haaa.. ni paling bagus untuk mulut kita, lepas makan patut kita kumur2.
Nanti nak bercakap dengan orang pun confident.

body lotion
4. Kepada sesiapa yang inginkan kulitnya sentiasa lembut, 
pastikan pakai losyen setiap hari.

beg makeup
5. Beg makeup kecil ni penting sebab boleh touch up sikit kalau tengok cermin. hihi.
Bawak yang penting2 dah la, contohnya two way cake & lip gloss. Kalau bawak banyak2 kang berat pulak.

note book & pen
6. Kadang2 tengah jenjalan datang idea untuk tulis dalam blog,
so kita boleh catit dulu dalam buku note ni. Takut lupa lak bila dah balik rumah.
Selain tu, dalam buku ni jugak la sy tulis barang2 yang perlu dibeli.

Kipas
7. Kipas ni sangat berguna bila kita pergi jalan TAR ari sabtu. hihi.
Dengan orang yang berasak2 tu mesti panas kan? 
So time ni la gunanya kipas ni. 

perfume
8. Untuk sentiasa wangi. Jangan la pakai setiap 5 minit pulak. :)

Sepit kuku
9. Bukan untuk sepit kuku je ye, but untuk sepit benang2 yang mungkin tercabut kat baju / tudung kita.

lens drop
10. Untuk yang pakai contact lens benda ni memang wajib ada,
sebab kalau kita duduk dalam tempat ada air-cond mata tu jadi kering & pedih.
So cepat2 la titik ni dalam mata. Mata akan jd segar semula.
Pada yang tak pakai lens, boleh bawak eye-mo,
Kalau mata pedih masuk habuk ke boleh pakai.

sanitary pad *pict via Google
11. And the last one is pad, kot2 emergency ke.
Simpanan dah ada dalam bag, kan senang. Bawak 1 atau 2 dah la ye,
 jangan bawak 1 paket besar tu pulak.  :)


2 comments:

  1. wahhh, bagus nii.. sy slalu bwk purse ngan hp je. hihi

    ReplyDelete
  2. @Athirah Liyana : hihi... lepas ni try bwak sume brang kat atas ye.. :)

    ReplyDelete