Friday 25 November 2011

Beautiful Roses!

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Walaupun my birthday dah lepas, tapi ada orang yang sudi bagi bunga lagi.
Hari ni sy dapat 12 kuntum fresh roses! TQ pada si pemberi bunga. :)

red roses yang sy dapat. suka sangat! :p
Pastu tadi saja2 nak search tentang roses ni. Terjumpa la artikel kat bawah ni.
Info ni sekadar suka2 je. Jangan la anda obses pulak dengan semua makna ni ye.
Lagi satu, makna ni takda kena mengena dengan roses yang sy dapat ok. :)

Cekidaut makna berdasarkan warna & bilangan roses yang anda dapat tu.

  • Merah - Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian

Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

  • Pink - Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.

Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati.

  • Kuning - Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru.

Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.

  • Putih - Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”.

Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”.

  • Lavender - Cinta pandang pertama dan pesona

Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.

  • Oren -  Keghairahan dan keinginan yang tulus murni

Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.

  • Hitam - Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian

Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru.

  • Biru - Mustahil dan tak dapat disempurnakan

Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.

---------------------------------------------------------------------------------------


Ni pulak makna bilangan roses yang anda dapat. Ingat! Jangan taksub pulak dengan makna2 ni. Ni sekadar suka2 je. :)

- 1 Rose Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses I love you
- 6 Roses Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses Kamu adalah sempurna
- 11 Roses Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses Be my steady
- 13 Roses Peminat rahsia
- 15 Roses Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses Aku setia pada mu
- 24 Roses Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
- 33 Roses menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses Jom Kahwin!
- 365 Roses Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

***Errr... but ada ke orang yang nak bagi sampai 999 roses tu? Tokey bunga kat Cameron Highland la kot.. :p

That's all! :)

"Kan best kalau hari-hari dapat roses. Huhuhu..."

No comments:

Post a Comment