Sunday 27 November 2011

Resepi : Donut Lembut

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Kat KL sekarang ni dilanda hujan. Wah! memang best la kalau tido bila hujan macam ni. 
Rasa sejuk & nyaman, tapi time2 hujan macam ni jugak perut rasa lapar je.
Tetiba datang idea nak buat donut. 1st time try buat donut ni.
Resepi ni ada dalam buku resepi sy, tapi tak ingat salin dari mana.
Sy ada ubah sikit dari resepi asal. Tukar jenis tepung n mentega.
Jadi jugak akhirnya. :)

Sebelum Kembang
Dah Kembang
Selepas digoreng, salut ngan gula & coklat
Bahan-Bahan : 

  • 4 1/2 cawan tepung Superfine.Superwhite Flour (Blue Key)
  • 1 cawan air suam kuku
  • 4 sudu besar buttercup
  • 6 sudu besar gula pasir 
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-Cara : 

  1. Cairkan mentega, kemudian ketepikan.
  2. Kacau gula & susu dengan air suam.
  3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan mentega yang dicampur telur dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung & gaul / uli hingga adunan tak melekat pada tangan. Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah tepung lagi.
  7. Rehat kan adunan selama 5 minit.
  8. Kemudian ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai, tekan acuan donut yg anda suka.
  9. Kemudian biarkan selama 45 minit. Doh akan naik 2 kali ganda.
  10. Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana.
  11. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster / gula yang telah dikisar.
  12. Boleh juga dihias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice / badam cincang.

4 comments:

  1. haiii.....
    kunjungan balik ya sist..
    blog saia waktu itu memang lg ada masalah..skrng sdh ok...
    BTW blog shabby pun menarik jg...

    ReplyDelete
  2. @mimie kesuma : Terima kasih mimie. :)

    ReplyDelete
  3. dah follow jugak.... ^_^
    salam blogger ya.....

    ReplyDelete
  4. @mimie kesuma : thanks again mimie. salam blogger juga. :)

    ReplyDelete